Tuesday, July 14, 2009

Kepuasan Pada Pokok Cucur Atap.

Cucur atap(Beackea Frutescens) adalah satu spesis bonsai yang cukup popular dikalangan peminat bonsai di sebelah pantai timur. Suatu ketika dahulu pokok ini amat digeruni untuk dibuat bonsai. Ini adalah disebabkan pokok ini sentiasa disebut-sebut sebagai pokok BERMASALAH terutamanya dari segi penanamannya. Ini disokong pula dengan kebanyakan pokok yang digali amat sukar untuk hidup, Ditambah pula dengan masalah lain yang timbul seperti meranting(Dahan mati) secara mengejut.
Namun zaman dah berubah, mungkin pada masa itu pengetahuan dan pengalaman para pencari/penggali @ pemain masih kurang atau tiada pengetahuan yang cukup tentang spesis ini.
Pada saya kepuasan pertama yang dirasai pada spesis ini ialah pokok yang digali mampu untuk hidup. Seterusnya apabila kita memelihara dalam tempoh yang lama, kematangan pada dahan dan ranting akan dapat kita lihat dengan jelas, struktur rantingnnya kelihatan tua secara semulajadi
Seterusnya kata akan betul-betul menikmati kepuasan semasa proses trim daunya. Kebiasaanya daun cucur atap yang subur akan ditrim setiap dua hingga tiga minggu sekali.
Kita semua kini boleh berbangga kerana banyak info serta teknik samada dari proses menggali, penanaman, tukar pasu dan pendawaian banyak telah didedahkan dalam blog BonsaiKita. Terima kasih kepada para cifu yang telah memberi pendedahan tentang proses penanaman pokok dari spesis ini.
Pokok yang belum ditrim
Setelah siap ditrim

Kematangan pada batang dan dahan setelah dimakan usia
(Pokok ini pada asalnya sebesar batang lidi satay, base-bonsai ini saya gali di belakang Sekolah Menengah Tembila,Besut. Berusia 8-9 tahun)
Sebahagian dari keleksi cucur atap dirumah saya


14 comments:

  1. Salam....

    Terpegun sungguh melihat cucur atap milik zunira..tahniah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..... Saudara Opie peminat bonsai jaga ke?

    ReplyDelete
  3. Sudah semestinya...tapi baru nak belajar-belajar..ada le kat rumah tu beberapa pokok bonsai..Ingat kalau balik besut nak le mencari pohon bonsai disana.

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa contact team bonsai besut bila balik nanti..... RAMAI GENG BONSAI KAT SANA...

    ReplyDelete
  5. Salam bang,

    ari tu tak sempat nak borak bnyk2......nanti kalau ke KB lagi boleh kot pi rumah no?

    ReplyDelete
  6. Xpe.... Baru2 lagi khe, x beso mano lagi... Nati mari KB lg cakap laa, buleh borak2...

    ReplyDelete
  7. salam en Zunira ,,
    Terima kasih dengan kemesraan hari tu masa mesyuarat PSBK& saya merasa terharu kerana peminat bonsai di kelantan sangat membanggakan,
    betul apa yang en Zunira kata, kita sangat dukacita kerana tak dapat jumpa OTROMEN TARO,
    Kalau ada salah & khilaf mohon maaf pada sahabat2 di kelantan ,
    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Sama-samalah kita.... Salam Bonsai n Thanks 4 everything....

    ReplyDelete
  9. salam...
    Ai gere wei...
    Comel2 CA tuh...
    hok ambo punya, tanam2 tpt sementara idup...
    pah 3-4 bulan alih dale pasu mula lah idup segan, napok mace mati mau....
    kalu tak keberatan nak tupe ngaji dgn demo leh ko?...

    ReplyDelete
  10. Salam Aidma... Tima kasih laa jengok2 blog ambo ni. Nak ngaji buleh...tapi sekak hok ambo tahu jah laa mugo ambo ni pun dok tengoh ngaji lagi jugok.

    ReplyDelete
  11. elo cgu..lama x update blog nie.. masuk lima rawit plak xleh ke..

    ReplyDelete
  12. Salam dari Belitung, Indonesia
    Disni juga banyak sekali cucur atap (kami disini menyebutnya Sapu-sapu).. tapi karena keterbatasan ilmu dan informasi sehingga jarang yang memanfaatkannya untuk di bonsai,mungkin karena susah untuk merawat pohon ini terutama yang baru di aambil dari alam supaya hidup dengan subur.
    Mungkin anda dapat berbagi ilmu dengan saya bagaimana cara agar pohon ini yang baru di ambil dari alam dapat hidup?? media tanam seperti apa yang di pakai dan bagaimana perawatan hariannya?? terima kasih untuk sharingnya

    ReplyDelete
  13. Wow,cantek sungguh.sama mcm kat gallery bonsai luar negara.pokok cucur atap ni sama ke dengan pokok yg kadang2 org panggil 'long hair'

    ReplyDelete