Tuesday, May 19, 2009

Ziarah Dalam Bonsai

Amalan ziarah atau kunjung-mengunjung sesama pemain bonsai adalah sesuatu yang biasa bagi kita semua.Kunjungan kerumah rakan sesama pemain amatlah penting bagi saya. Pada saya ianya akan menghangatkan lagi emosi saya kepada bonsai.Disamping dapat mengeratkan hubungan sesama pemain, saya juga boleh bertukar maklumat dan pendapat dengan rakan yang dikunjungi. Jika kita hanya memerap dirumah dan berbonsai secara sendirian, nescaya tidak akan kemana hobi kita ini.

Kunjungan kerumah pemain lain yang lebih senior dapatlah diambil peluang oleh saya untuk membuat sedikit rujukan.Biasanya setelah pulang dari membuat kunjungan, perasaan dan minat yang dirasai terhadap bonsai akan betambah mekar.

Berikut adalah sebahagian foto yang sempat dirakam semasa saya membuat kunjungan ke rumah sebahagian pengiat bonsai untuk tatapan kita bersama.


Persembahan dahan dan ranting salah satu pohon limau milik Wan Yaakob dari Pauh Lima sewaktu kunjungan saya kerumahnya petang tadi.

Antara pohon limau Wan Yaakob yang boleh dibanggakan.


Inspektor Johari dari IPD Machang, rakan bonsai saya memerhatikan sesuatu dari Wan Yaakob. Beliau juga salah seorang bintang baru dalam dunia bonsai yang menunjukkan minat yang mendalam.

Lawatan ke kediaman salah seorang pemain bonsai dan suiseki sewaktu saya dan keluarga bercuti di Cameron Highland.

Pohon Santalia milik Cikgu Him dari kemuning yang sempat dirakam oleh saya.

Veteren bonsai dari Machang ini patut menjadi contoh kepada setiap pemain. Walaupun sudah di usia senja, beliau tidak pernah jemu dengan hobi bonsainya.


Ustaz Anuar dari Besut memerhatikan Junipernya.(Mana Kepala....?)

Kayu hitam milik seorang kenalan baru saya. Pertemuan pada satu malam di rumah Pok Su Din telah membawa saya berkunjung kerumahnya pada malam itu juga.


'Sang Johan' yang menyambut kedatangan saya dan rakan-rakan setiap kali berkunjung ke rumah Cifu Yie.

Tunggul beruas di rumah Pok Su Din(Alor Pisang) berjaya mencuit hati saya.

Beruas gaya windsweep yang menjadi kegilaan Ustaz Jo dari Tanah Merah.

Salah satu koleksi Ustaz Jo yang mendapat sentuhan dari Cifu Robert Steven.

Koleksi beruas Ismadi yang dirakamkan oleh saya sewaktu kunjungan kerumahnya baru-baru ini.

Taman Bonsai ala japanese garden di rumah Ismadi(Banker) pasti akan memukau sesiapa saja yang kerumahnya.














5 comments:

  1. salam ckgu...cantik2 bonsai ckgu....saya pun minat amat kat bonsai ni...tapi baru stahun jagung...adala cikit koleksi...tapi amatur jek...nak ngadap hari2 busy keje....same2la kita hidupkan smgt bonsai yekkkk....ni blog saya. http://www.hidupbonsai.blogspot.com/ mintak tunjuk ajar cikgu....dalam ni sume gambar tahun lepas....tak update lagi....

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat zam...., satu permulaan yang baik. Smua orang bermula dgn setahun jagung, dulu saya pun year one jga dalam bonsai, belum pandai2 lg dan masih belajar.... selamat berbonsai...

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr Zunira,

    Tahniah, teruskan bekarya...
    Saya kini berada di South City Plaza KL, Pertandingan Bonsai Kebangsaan.
    Jumpa disana.

    TK.

    "Bonsai itu Indah"

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Tuan Haji..... Semoga berjaya dalam pertandingan nanti, Saya yakin dengan pokok2 beruas yang tuan haji hantar. Dari pengamatan saya, semua pokok tersebut memenuhi piawaian bonsai peringkat antarabangsa. Suatu hari nanti ada pokok2 bonsai dari kalangan pemain kita yang akan berjaya di pentas petandingan antarabangsa..

    10Q n Good Luck...

    ZuniraBonsai- "Mache"

    ReplyDelete
  5. rb88 | Bet with bwin - TopBet
    rb88 offers the best 188bet service william hill and betting options for UK customers, get instant deposits and withdrawals and start playing rb88 the games on your mobile device.

    ReplyDelete