Friday, February 5, 2010
Kemuning
Kemuning(Muraya) ini saya beli di nursery bunga di Machang(Ah Hwa) beberapa tahun dulu... Harga pun murah je.. RM7 dalam plastik semaian lagi. Berpegang kepada falsafah Teddy Boy dari Indonesia iaitu menghasilkan bonsai yang bernilai dari material yang murah. Setelah sembilan tahun beginilah rupanya, maka sesiapa pun boleh memulakan hobi ini tampa perlu memikirkan kos yang tinggi. Kebanyakan orang berpendapat bahawa hobi berBONSAI ini adalah satu hobi yang memerlukan kos kewangan yang besar. Sebenarnya banyak material bonsai yang murah di jual di kedai-kedai bunga. Hanya kreativiti dan daya capai imaginasi kita yang akan menjadikan sesuatu bonsai itu sesuatu yang bernilai. Ayuhlah.... Sama-samalah kita memertabatkan hobi ini terutamanya dikalangan masyarat melayu. Paparan bonsai ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman untuk rakan-rakan bersama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya sangat setuju dengan En Zunira,
ReplyDeletesaya pun tengah belajar , suka beli yang murah dan cuba untuk sabar menanti...hanya masa yang menentukan
Tahniah..... jadilah pemain bonsai yang hebat suatu hari nanti....
ReplyDeletezunira, sy dr johor. boleh tk sape2 bgtau sy tmpt yg ada jual pokok cucur atap? trm ksh
ReplyDeleteSaya dari pahang . Boleh tak dapat kan alamat kedai untuk beli bunga nie . .
ReplyDeleteSy setuju tuan.. Sy pon dlm mencuba.. Tp blajar hnya sekadar membaca jaa. Sbb org yg mahir tiada d kg sy.. Sy mencari guru bonsai. Kalau ad yg sudi ajar.. Wspp lh pd sy.. 0179832583.. Anytime..sy online selalu.. Sbb sy skit sekarang. Kaki patah..
ReplyDelete