Tuesday, May 19, 2009

Ziarah Dalam Bonsai

Amalan ziarah atau kunjung-mengunjung sesama pemain bonsai adalah sesuatu yang biasa bagi kita semua.Kunjungan kerumah rakan sesama pemain amatlah penting bagi saya. Pada saya ianya akan menghangatkan lagi emosi saya kepada bonsai.Disamping dapat mengeratkan hubungan sesama pemain, saya juga boleh bertukar maklumat dan pendapat dengan rakan yang dikunjungi. Jika kita hanya memerap dirumah dan berbonsai secara sendirian, nescaya tidak akan kemana hobi kita ini.

Kunjungan kerumah pemain lain yang lebih senior dapatlah diambil peluang oleh saya untuk membuat sedikit rujukan.Biasanya setelah pulang dari membuat kunjungan, perasaan dan minat yang dirasai terhadap bonsai akan betambah mekar.

Berikut adalah sebahagian foto yang sempat dirakam semasa saya membuat kunjungan ke rumah sebahagian pengiat bonsai untuk tatapan kita bersama.


Persembahan dahan dan ranting salah satu pohon limau milik Wan Yaakob dari Pauh Lima sewaktu kunjungan saya kerumahnya petang tadi.

Antara pohon limau Wan Yaakob yang boleh dibanggakan.


Inspektor Johari dari IPD Machang, rakan bonsai saya memerhatikan sesuatu dari Wan Yaakob. Beliau juga salah seorang bintang baru dalam dunia bonsai yang menunjukkan minat yang mendalam.

Lawatan ke kediaman salah seorang pemain bonsai dan suiseki sewaktu saya dan keluarga bercuti di Cameron Highland.

Pohon Santalia milik Cikgu Him dari kemuning yang sempat dirakam oleh saya.

Veteren bonsai dari Machang ini patut menjadi contoh kepada setiap pemain. Walaupun sudah di usia senja, beliau tidak pernah jemu dengan hobi bonsainya.


Ustaz Anuar dari Besut memerhatikan Junipernya.(Mana Kepala....?)

Kayu hitam milik seorang kenalan baru saya. Pertemuan pada satu malam di rumah Pok Su Din telah membawa saya berkunjung kerumahnya pada malam itu juga.


'Sang Johan' yang menyambut kedatangan saya dan rakan-rakan setiap kali berkunjung ke rumah Cifu Yie.

Tunggul beruas di rumah Pok Su Din(Alor Pisang) berjaya mencuit hati saya.

Beruas gaya windsweep yang menjadi kegilaan Ustaz Jo dari Tanah Merah.

Salah satu koleksi Ustaz Jo yang mendapat sentuhan dari Cifu Robert Steven.

Koleksi beruas Ismadi yang dirakamkan oleh saya sewaktu kunjungan kerumahnya baru-baru ini.

Taman Bonsai ala japanese garden di rumah Ismadi(Banker) pasti akan memukau sesiapa saja yang kerumahnya.














Monday, May 18, 2009

Bonsai Small Dan Mini

Bonsai bersaiz mini dan small adalah antara karegori yang amat diminati oleh saya. Disamping bentuknya yang menarik ianya juga antara jenis bonsai yang paling cepat untuk disiapkan. Jika hendak dibawa ke tempat pertandingan pun amatlah mudah. Faktor halaman rumah yang sempit dan ruang yang terbatas juga mempengaruhi saya untuk meminati bonsai bersaiz ini.





Susun atur bonsai mini semasa pertandingan yang menarik.Pasti akan mencuit hati pengunjung apabila menghampirinya.
(Pertandingan di Kuala Lumpur 2008)









Antara bonsai mini yang menjadi inspirasi kepada saya adalah kepunyaan Cifu Yie.(Satu nama yang tidak asing bagi peminat seni bonsai terutamanya dari ahli Persatuan Seni Bonsai Kelantan)


















Boxus mini dari saya yang belum siap sepenuhnya.










Boxus yang belum siap dan masih dalam pasu semaian plastik.














Antara boxus terkecil yang saya hasilkan.



















Cucur Atap saiz small yang masih dalam proses pemeliharaan.Masa yang akan menentukan dahan dan rantingnya menjadi matang.









Limau kesayangan saya yang belum siap sepenuhnya.















Antara limau saiz small dari saya. Pokok ini adalah hasil dari semaian saya sendiri melalui teknik keratan batang.Masih belum siap sepenuhnya...











Saiznya boleh diukur melalui kotak rokok bersebelahan.Setelah dibuang daun.. Entah bila laaa nak siap...
































































































Saturday, May 16, 2009

Ilham alam







Paparan menunjukkan keindahan dan keunikan pokok-pokok yang terbantut secara semulajadi di kaki Gunung Kinabalu.Keunikan pokok yang hidup secara semulajadi boleh dijadikan ilham dalam penghasilan bonsai yang menarik.Betapa indahnya kebesaran dan keindahan alam yang dianugerahkan kepada kita.












Salah satu hasil bonsai dari saya yang dilhamkan dari asas dan gaya berupa seperti pohon jati. (Santalia dari baka daun halus @ lebih dikenali sebagai baka Taiwan).



Friday, May 15, 2009

koleksi bonsaiku





cucur atap hasil sulung dari saya


Salam Pengenalan Untuk Peminat Bonsai

Salam pengenalan buat semua peminat seni bonsai.Terima kasih atas kesudian membuka blog saya.Sesungguhnya blog ini adalah semata-mata saya buka untuk berkongsi pengalaman dalam menimba ilmu bonsai dan mencari lebih ramai lagi kenalan dalam seni bonsai.
Sesungguhnya saya masih lagi baru dalam dunia bonsai dan masih lagi menimba ilmu dalam proses membuat pohon-pohon yang menarik.Saya mula meminati seni ini sejak akhir tahun 1999, pada masa itu saya baru saja bertukar dari Johor.Pada peringkat awal penglibatan, saya umpama perahu yang tidak berkemudi... tak tahu di mana hendak belajar dan tak tahu dengan siapa hendak berguru,
Berkat kesungguhan dan minat, maka berjumpalah saya dengan Cikgu Ibrahim Ngah dari Kampung Kemuning, Machang. Sejak dari situ lah saya mula mengenali seorang demi seorang pemain-pemain veteran lama dalam bonsai antaranya ialah Pok Su Din(Alor Pisang,Besut), Ismadi(Banker), Wan Yaakob(Pauh Lima) dan yang lain-lain lagi.Dari situlah saya mula belajar ilmu bonsai dengan asas-asas yang betul.
Mereka inilah antara insan-insan yang memberi tunjuk ajar kepada saya pada peringkat awal... Terima kasih cifu...