Namun zaman dah berubah, mungkin pada masa itu pengetahuan dan pengalaman para pencari/penggali @ pemain masih kurang atau tiada pengetahuan yang cukup tentang spesis ini.
Pada saya kepuasan pertama yang dirasai pada spesis ini ialah pokok yang digali mampu untuk hidup. Seterusnya apabila kita memelihara dalam tempoh yang lama, kematangan pada dahan dan ranting akan dapat kita lihat dengan jelas, struktur rantingnnya kelihatan tua secara semulajadi
Seterusnya kata akan betul-betul menikmati kepuasan semasa proses trim daunya. Kebiasaanya daun cucur atap yang subur akan ditrim setiap dua hingga tiga minggu sekali.
Kita semua kini boleh berbangga kerana banyak info serta teknik samada dari proses menggali, penanaman, tukar pasu dan pendawaian banyak telah didedahkan dalam blog BonsaiKita. Terima kasih kepada para cifu yang telah memberi pendedahan tentang proses penanaman pokok dari spesis ini.
Pokok yang belum ditrim
Setelah siap ditrim
Kematangan pada batang dan dahan setelah dimakan usia
(Pokok ini pada asalnya sebesar batang lidi satay, base-bonsai ini saya gali di belakang Sekolah Menengah Tembila,Besut. Berusia 8-9 tahun)
Sebahagian dari keleksi cucur atap dirumah saya